Friday, September 4, 2009

Luahan hati Untuk raya


( haa ni la baru 1malaysia..cina je xde..sbb kekurangan laki cina kt ibm )


Bile da kerja raya xbes sbb kne bg duit raya..hahaha..bes raya sedap cuti 11 hari…YAHOO!!! My fwen<--gedik my fwen tp nk gune jugak..kekekke..jgn jeles gua cuti 11 ari..gua nk tdo puas2..wake me up when syawal ends

1. hari untuk mengabdikan diri mengemas rumah - saat-saat begini,aku selalu terfikir sendiri, "kan bagus kalau ada 2 orang gaji","kan best kalau duduk di rumah yang kecil sahaja","kan best kalau tiada halaman sebesar ini yang mungkin boleh menempatkan padang bola sepak". mahu sepak aku laju-laju? silakan.

2. hari untuk berjumpa kuih-muih berkalori tinggi yang pelik namanya - aku hanya kenal sama almond london sahaja.(tahun ni nk belajar kuih2 rg melayu.seblum ni biasa makan je)

3. hari untuk menonton cerita ibu bapa ditinggalkan anak-anak/filem melayu yang tidak laku di pawagam.(time to sleep..alasan tuk tdo)

4. hari untuk berjumpa saudara-mara - mereka datang ke rumah,aku salam. aku borak. Kalau aku boleh ngam dengan dorg. Kalau x aku masuk bilik dan layan tv. bile dorg pulang,aku salam. Kalau dorg hulurkan sampul,aku terima sambil berkata "eh,dapat jugak ke?"(wayang je). ayat yang sering aku dengar dari mak cik-mak cik + pakcik pakcik is "eh ni ajim ke?lainnya muka,dah kurus sekarang(hahaha..ayat sedapkan hati)","belajar kat mana? ambik course ape? lagi berapa tahun dekat sana?" tiap-tiap tahun pun tanya soalan sama. mungkin dorg lupa,jumpa pun setahun sekali. Selambe ajim balas makcik saya da kerja kot, tp duit raya lupa nk withdraw dr bank..sory eh thn depan makcik dtg tnye la lg eh..mungkin sy jwb bende yg same jugak..(tp smer dlm hati je)


5. hari untuk menambahkan berat badan - bukak periuk ada rendang ayam,bukak periuk sebelah ada rendang daging,bukak peti ais ada cheese tart auntie India tu bg setiap tahun. empat hari kot tak jumpa nasi berlauk.smer lauk nk same je..buat la kari je..ikan bakar ke..haihh..xcreative la org melayu..aku nk recommend mummy buat ikan bakar ar..nmpk rajin skit..

6. hari untuk berlumba-lumba mengadakan rumah terbuka – tahun ni kalau leh nk gi smer org yg aku rapat…thn seblum ni malas..malas..malas..thn ni wajib rajin..

whatever the definition it is, raya was still good. Ini adalah definisi sebenar aidilfitri. walaupun raya tidak lagi semeriah dahulu, bersyukur dengan apa adanya. semoga kita diberi kesempatan olehNya untuk berjumpa lagi dengan bulan ramadhan dan syawal yang akan datang. =)

2 comments:

Ana said...

hey!! mane ader org makan ikan bakar mase raya!! tak kick ah

NazimMantisz said...

itu la sbb nyer..org laen smer da wt rendang ayam+daging..kte pulak buat ikan bakar la..layan beb